hadiah hari guru and PRS sebagai tukang kebun .

hai uolls,nak cerita pasal last day sekolah sebelum cuti penggal bulan 6 punya.okay ,kami kelas 4 sains smk seri selayang beri hadiah sempena hari guru .memang agak lambat aku taw tapi aku nak cerita jugak.sebab lambat kasi kerana sepatutnya 25/5/2010 sambutan sebab kelas 4 sains last paper 24 haribulan.tapi aku memang nak naik gila sebab 3 minggu exam week nak termuntah hijau tengok paper dah la susah pulak tuhh lagi susah dari aku online FB.haha





pagi-pagi lagi aku dah sampai awal dari kebiasaan biasalah budak baik katekan *perasan gila.harituh pulak hujan renyai-renyai terpaksalah bawak cupcake yang kiteorang akan hadiahkan tuh naik ke kelas nasib nampak syahirah .today,kiteorang ade photographer,lomographer yang tak bertauliah yang baik hati pengarang jantung nak ambilkan gambar-gambar nnti.kiteorang ade buat  kad taw .HANDMADE card yang dibuat oleh aku dan syahirah,naik lenguh tangan aku nak buat .kena lukis,gunting,tampal bagai lahh.kami ramai-ramai tampal card dekat cupcake tuh lepastuhh tangkap gambar ramai-ramai.memang awesome gila iloikeeee !

     





lepas siap tampal semua,datang idea gila nak buat rombongan cik kiah nak tolong bagi cupcake ramai-ramai.agak lawak lah sebab main serbu je bilik guru tuh,bagi dekat semua cikgu-cikgu lepastuh tangkap gambar.satu sekolah kami round taw muka memang selamba gila dengan cikgu kami semua gila-gila jugak.lepas dah bagi semua aku dengan kawan2 iaitu syahirah,nik,ahhada,aten,hamizah,ain kasi cupcake untuk cikgu NORHANA AND HING sebab jadi cikgu prs kami yang terbaik.lepas bagi kene turun buat kerja lah pulak



kami pon ramai-ramai turun pergi taman bimbingan &kaunseling .tempat yang aku dan geng lepak bila waktu rehat.memang senang sangat sebab tak payah susah-susah berlari marathon nak dapatkan tempat duduk.boleh jalan lengang kangkung conrol ayu lagi .dapat kat aku tak lahh buat penat aku aje.mula-mula semua orang cabut rumput yang kecik-kecik,tanam pokok baru macam-macam lagilahh.lama lah jugak kiteorang buat kerja tuh sampai aku dah bosan .lepas siap kemas ,cantik sungguh taman tuhh senang aku nak lepak sana lagi.cikgu hing kasi air sorang satu.kiteorang semua gerak pergi kantin yang bape langkah je dari taman tuh.sampai sana buat dosa kering sakitkan hati senior sebab sorang pemalas gila,bukan nak tolong kemas taman tuhhh.geram gila orang lain penat-penat kerah tenaga dorang sedap-sedap je.


masa dekat kantin sempat pau pengetua sekolah,jangan risau pengetua sekolah tu kayo jadi setakat belanja ank murid dia apadahal .dapatlah sorang satu makan roti john yang dibuat oleh abg john .berakhirlah kisah ku disini.hihi kbyeee <3

No comments: