KISAH KEHILANGAN SEKAWAN PELAJAR SELAMA 3 HARI :P


hai assalamualaikum semua *lambai tangan .hihihi post terbaru setelah lama membusykan diri ini. almaklumlah pelajar kann ,ayat clishe dohh .haa,takpa2 saja menghangatkan suasana dengan tajuk yang sangat epik .wahaha gaya macam anak menteri besar kena culik dengan penjenayah mintak tebusan 1 juta .maaf salahhh orang lah ye saya cuma rakyat biasa yang lahir dibumi malaysia yang aman dan damai ehhh ?
okay,nak cerita lah nihh ,tak reti sabar betul .sebenarnyaaa aku hilang dengan kawan2 sebab kiteorang tolong cikgu kami jaga statistik untuk MSSD HOKI DAERAH GOMBAK .terang lagi nyata aku tulis tu,tugas ni kami buat selama 3 hari .mula hari rabu yang lepas hingga hari jumaat .yang tolong cikgu aku ,nik and syahirah .hari rabu aku pergi dengan nik je .itupun bertekak siapa yang pergi tapi jangan salah faham bukan bertekak siapa nak pergi tapi aku dengan syahirah yang tarik diri taknak pergi.masing-masing "takpalah kau pergi je,aku tak kesahh ".last-last  hari rabu aku yang pergi .awal-awal dah gerak dari sekolah dengan cikgu azwa and cikgu nafisa .yang membuatkan aku tensionnyaa bila jalan jem gila,tak paham aku .kalah hari sabtu ahadnyaa kalau boleh nak jeh aku campak satu-satu kereta biar senang kiteorang lalu .


setibanya kami dekat stadium tu angkat barang-barang survey tempat cari port lah katekan.hari rabu perempuan yang lawan so penuh lah stadium dengan kaum sejenis aku.so kami pon memulakan kerja,cikgu-cikgu menaip senarai pemain semua aku dengan nik duduk tepi padang ambik skor ,penalti dengan masa.agak eksklusif tempatnya sebab betul-betul tepi padang tapi panas yang amat tak kuasa aku menggelapkan kulit aku nih.tak redhaaa ~
agak-agak tengahari kau dengan nik pindah bawah bumbung duduk dekat cikgu nak eratkan hubungan sillaturrahim .ececehhh,dah petang sikit hujan turun lebat gila dengan kilat takut ai .perlawanan suku akhir dihentikan,sambung hari jumaat petang .so balik terus pergi tuisyen ,tengokk betapa tabahnya kami menghadapi zaman persekolahan,siapa kata aku tak belajar meh sini aku lempang laju-laju sesedap rasa je kan :P .malam tu terus tidur tak sedarkan diri .


keesokannya,nabilah bangun laju-laju pergi ke sekolah seperti biasa memakai baju sukan bersama cikgu2 .kerja hari kedua bermula .hari khamis perlawanan budak lelaki lahh pulak .hari nih special sikit sebab bertiga campur syahirah pendek tu *hahah mampus dia marahh.so kerja macam biasa lahh aku jadi setiausaha cikgu yang setia menyiapkan kerjanya dan nik ambil skor syahirah jadi timekeeper .lepastuh cikgu azwa kene balik sekolah pulak,dah kelam-kabut aku dengan cikgu nafisa .bayangkan ehh aku menaip,menulis,ambil skor,refree game,print kertas lagi.korang bayangkann ! .lepas habis tenaga aku dikerah cikgu pon sampai dengan hamizahh .haha rindu hamizahh ,cehceh dah lama tak jumpa lama lah sangat kan -,-" .petang hujan jugak tapi games sempat habis.harinih sekolah (smekses)  aku pon datang main tapi game dorang lambat sikit petang .alhamdulilahh ,dorang 1 menang 1 seri ,bersyukur lah jugakk .kiteorang dekat meja statistik macam orang gila jerit2 bagi semangat !tapi adil ehh takde tipu-tipu punya .petang tuh balik dengan cikgu azwa,ade sorang cikgu tu tunjuk jalan nak balik ikut jalan roller coster katanya,kiteorang pon redah lah rumah-rumah besar kat situ seriously besar gila dan lawa gila memang gila.haha tapi tersalah lorong tembus hutann,lemah semangat kau tengok dengan anjing yang besarnyaaa .kus semangat ! dalam 7:30 sampai rumahh .macam biasa membuta sampai pagi .



lusanyaa iaitu hari jumaat .hari terakhir yeayyyy ! .pukul 6 dah bangun siap-siap sebab cikgu ambil dekat rumah terus pergi sekolahh .dah ambil barang semua terus pergi sana tempuh jem AGAIN .sampai sana macam biasa unpack barang-barang ready buat kerja.harinih sekolah aku (smekses) lawan lagi .baki 2 perlawanan dan dorang mara ke suku akhir lawan hillcrest dannn menangggg .lepastuh masuk separuh akhir lawan taman keramat kalah 2-0 .tapi takpa dapat bronze medal tuhh .terbaik lah jugak dapat harumkan nama sekolah walaupun dorang tuh busuk masam pekasam .kami statistik beri sokongan penuh siap tinggal laptop macamtuh je sebab nak tengok dorang lawan over sekejap .aku pon teruskan kerja aku yang menunggu tuh.borang-borang tu aku dah buat macam folio tebalnya.lawa taw,warna-warni je tengok .tapi kiteorg ade jugak lah pengalaman pahit ,nak luah perasaan kejap ,ade time tuh nak kenekan syahirah aku pon ambik air hon  tuh dengan tak sengajanya tertekan pulak padahal perlawanan baru 5 minit.refree ade yang gelak ade yang kecohh bising2 .dah tak sengaja tak paham ke ? pastu ade refree tu saje buat nik tak confident padahal okay je keje kiteorg .last-last barulah dorang layan kami baik.hari terakhirkan sedih pon ada sebab dah kamcing dengan refree tu .seronok sangat buat kerja nih walaupun penat lah.gossip dengan cikgu,cikgu kenekan aku pasal tettt ,gelak-gelak dengan cikgu .seronok sangat .dengan team hoki lelaki menang memang sedap ahh bahan refree sebab hari rabu dah terkene .cis




#notakaki :3 hari bertapa dekat stadium buat kerja seronok gila,tak belajar woahhh ,mampus cikgu kejar aku nanti .aihhh,nasib badan lah .tahniahh team hoki SMK SERI SELAYANG :D .cikgu farahana happy lettew kan tapi secara teori kami pon boleh main sebab setiap games tengohh naik buta mata tengok :P haha . minggu yang sangat-sangat busy alahhh ayat clise aku .spm candidates woi .okay bye lot of love <3

No comments: