SI PERMATA RUBY .

hai assalamualaikum semuaa saya kembali  dengan cerita baru lagi terhangat dipasaran .ohh ya,cuba baca tajuk saya lima enam kali .adakah aku nak cerita pasal diamond yang sangat famous dikalangan wanita atau lagu diamond yang sering menjadi dendangan atau nyanyian para gegirl.ohh sudah pasti tidak wahai teman-teman ini kisah rumah sukan sayaa iaitu ruby .ofcoz ler kaler merah .kenapa nama dia ruby ?sebab diamond ruby tuh kaler merah agaknyaa .tak pulak aku cari tahu kerana tahap kemalasan guwa mencapai tahap dewa.banyak sangat nak cerita kalau 1 post tak cukup punya tapi aku pendekkan :P .okay,aku sebok nak cerita pasal ruby sebabsebabsebab tahun akhir saya sebagai senior aku dan kawan-kawan buat amal jariah dengan menghandle perbarisan anak-anak ruby ! kalau nak aku merungut betapa susahnya,peningnya,penatnya sampai tahun depan belum tentu selesai *sangat epik ok ! .ceritanya bermula bila aku baik hati nak tolong cikgu rumah ruby pasal perbarisan alih-alih A sampai Z  ku kena handle. great of me -,-". tema perbarisan kiteorang LADYBIRD yang sangat cute lagi comel .hahaha 



konon-konon nak tukar maskot .cuba bayangkan dalam masa 3-4 hari kena siapakan apa yang budak-budak tu nak pakai nak buat maskot lagi.memang menguji tahap kekuatan aku lah kan.berhari-hari bincang dengan kimie,mijah,ain .dah tak peduli sangat pasal kelas,lagipun masa tuh busy gila nak mati padahal azam naik cuti nak belajar taknak sukan-sukan dah .nak fokus SPM seperti biasa nabilah hangat-hangat tahi ayam .ehehe so hari rabu tuh pergi beli barang dengan cikgu iza lepas beli barang bertugas as sportcrew lagi nak epik lagi cerita dari pagi hingga maghrib tak makan .mana nak kejar buat hiasan perbarisan,bertugas sportcrew nak lari pergi tuisyen ! hahaha gaya kalah menteri besar .hari rabu tu jugak si kimie cat belakang ladybird tuh.aku pun gunting lah sensorang dulu.muka aku tak usah cerita memang dah masam sikit lah ,kepenatan yang teramat sampai ada orang tegur .ehehe segan pulok .so hari khamis pujuk si akim,acap dengan zafuan tolong.pastuh kami ramai-ramai buat aku,ain,mijah,kimie,zafuan,akim,acap berganding bahu .balik pukul 6 !kalau orang sekolah 12 jam aku agak-agak 20 jam tak ? 



hari sabtu pon sambung buat maskot yang tak siap !aku mula menyampah dengan ladybird walaupun kau sangat comel.dah lah hari sukan tu ain takde sebab kena masuk pandu puteri memang menangis lah aku nak handle sensorang dengan budak-budak maha manja dan nakal.hari sabtu balik pukul 5 petang ok .siap pon maskot ladybird kami ! guwa bangga siot hasil tangan bersama dengan bantuan cikgu zul .so hari ahad lepas hari sukan sekolah kami dkt sk bandar baru selayang.best lah sekolah tuh dekat atas bukit ,feeling-feeling sekolah private pulak .tapi jerebu dia teruk sangat .sesak nafas aku .jadi bermula lah tugas aku nak siapkan anak-anak perbarisan dengan orang tak cukupnya,stress aku .nasib dapat rembat mana-mana budak.comel jeh dorang pakai sayap dengan sesungut.haha ohh ya,acap dengan rela hati nak jadi maskot.haha memang aku tak percaya lah .lama-lama memang betul dia nak jadi pon.dah habis perbarisan bermulalah  tugas aku sebagai sportcrew .tolong lah mana yang patut .pastuh bagi sokongan dekat rumah ruby walaupun harapan tipis .kehkeh



harituh semua sportcrew pakai baju sama .lawooo angat ! aktiviti rasmi kami haruslah tangkap gamba .ahaha masa pengumuman hadiah sume masing-masing berebut tangkap gamba.macam-macam gaya ada. yang paling bangga izzati dengan akim dapat gelaran olahragawan dan olahragawati sekolah ! congrat both of you :) .lupa pulak nak gossip pasal mijah ,boleh pulak minah nih semput masa nak lari ,aku agak kepelikkan padahal olahragawati tahun lepas,mssd tuh takpayah cerita lah memang dia je menyemak.ehehe risau kau tiba-tiba acara 200 meter semput lak sampai pergi hospital uoll .nervous aku,nasib dah cukup oxygen .jerebu punya pasal kan .akhir sekali cikgu umumkan perbarisan rumah ruby juara ! hahaha lompat-lompat sebab happy sangat .tak sia-sia berhempas pulas .tahniah wahai anak-anak perbarisan ! .ohh ya ahad lepas jugak birthday herizal .hadiah dia tepung .ahhaha habis satu badan nasib tak simbah air kalau tak jadi cekodok lah dia .22/6 pulak birthday ahhadaa my lovely sahabat ! so selamat hari tua both of you .semoga cemerlang didunia dan akhirat .semoga berjaya dalam SPM .amin 






#notakaki :sangat kepenatan sebagai pelajar spm yang penuh dedikasi tetapi malasnya tahap dewa.bangga perbarisan menang ! yeayy ,aku buat baik sampai syahirah belanja ice-cream .memang heaven .hahaha aku fokus dekat ice-cream ajelah .good girl nabilah :P

No comments: